Monday, March 2, 2015



~Makanan Sunnah~

NABI Muhammad SAW bersabda: “Perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit”. (Hadis Riwayat Muslim). Sehubungan itu, sewajarnya kita mengambil berat jenis makanan yang diambil dalam kehidupan seharian. Dalam hal ini, Rasulullah sebagai teladan yang terulung dan paling agung, apa yang diamalkan Baginda seharusnya dijadikan ikutan. Ini termasuk dalam hal pemakanan dan makan apa yang Rasulullah makan itulah dipanggil makanan sunnah. Sebagai rasul utusan ALLAH, sudah tentu apa yang diamalkan oleh Baginda itulah yang terbaik dan harus jadi teladan.

Mengenai pemakanan, ahli fiqh menyebut, "berubatlah dengan makanan sebelum kamu berubat dengan ubat." Mutakhir ini, pengambilan makanan tambahan sudah jadi trend masyarakat hinggakan muncul pelbagai jenis produk yang kononnya mampu menyembuhkan penyakit kronik. Tinjauan mendapati kebanyakan produk makanan tambahan di pasaran adalah berasaskan makanan sunnah seperti madu, habbatus sauda, kurma, delima, zaitun, kismis, zaf’aran dan buah tin. Sesungguhnya disebut dalam al-Quran akan lapan kebaikan makanan yang jadi amalan Rasullullah SAW.

makanan sunnah ataupun merujuk kepada makanan yang diamalkan Rasulullah SAW tentunya memiliki kebaikan yang lebih berbanding yang lain.Ini kerana ALLAH SWT telah menjelaskan khasiatnya dalam al-Quran. Malah, makanan sunnah juga dah dibuktikan dari segi sains ada banyak kebaikan dari pelbagai segi.

Antara makanan-makanan sunnah yang mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan manusia:

 ZAITUN
Pokok zaitun ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur ayat ke-35.
Semenjak 1,400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad S.A.W. telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda S.A.W. sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.
Mengikut kajian, ia dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser dan sakit jantung, merupakan sejenis antioksida dan digunakan sebagai produk kecantikan sejak berkurun lamanya.

MADU
Mempunyai pelbagai khasiat dan dianggap ibu segala makanan.
Apabila dicampur bersama air panas, boleh mengubati penyakit cirit-birit.
Sabda Nabi s.a.w.:
"Demi Allah yang aku dalam genggamanNya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya"
Rasulullah sendiri mengamalkan minuman madu; dicampurkan madu dengan segelas air dan minum setiap pagi ketika perut kosong.
Madu yg paling berkualiti adalah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga dan musin panas, tetapi kurang berkualiti apabila dihasilkan di musim sejuk.

BUAH TIN
Buah tin juga sangat bermanfaat kepada umat manusia seperti yang diterangkan dalam surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran) dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun.
Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan toksin, mengurangkan batuk yang berpanjangan membersihkan hati dan mengurangkan lendir dalam usus.
Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan pelbagai mineral dan zat galian, tetapi rendah sodium.

BUAH TAMAR (KURMA)

Sememangnya sinonim dalam kehidupan Rasulullah SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut. Ada sejarah di mana, seorang wanita Yahudi telah meletakkan racun dalam makanan Rasulullah SAW, dan ternyata bisa racun itu dapat di neutralkan oleh khasiat yang terdapat di dalam kurma yang dimakan oleh Baginda SAW. Sebab itulah Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang tidak mempunyai kurma di rumahnya sebagai orang miskin.


No comments:

Post a Comment